Rasuah dan salah guna kuasa lesen mineral: Jontih, Bekas CEO SMM dan Dato’ Albert Tei bakal didakwa
19:06 Jun 12, 2025  |  By SabahKini2
Rasuah dan salah guna kuasa lesen mineral: Jontih, Bekas CEO SMM dan Dato’ Albert Tei bakal didakwa

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya dua individu utama akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat. Siapakah? mereka ialah Jontih dan Albert Tei!

Skandal perlombongan Sabah kini memasuki fasa pendakwaan apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya dua individu utama akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Pendedahan itu dibuat semasa Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-undang Bertauliah Kali Kedua di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), hari ini.

“Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat,” kata Azam.

Februari lalu Azam Baki mengesahkan video yang diberi tidak boleh diguna pakai kerana berlaku editing serta ia juga tidak boleh digunakan dalam penyiasatan dan juga mahkamah kerana tidak ada kredibiliti.  

Malah sehingga ke hari ini Kartel Dato’ Albert Tei yang merakam video tidak pernah datang sendiri ke pejabat SPRM. Beliau hanya menggunakan peguamnya ke pejabat SPRM.

 

Siapa bakal didakwa?

Menurut sumber ada beberapa individu akan didakwa namun setakat ini dua yang sangat berkait ialah, dua individu yang dimaksudkan ialah:

  • Jontih Enggihon bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), dan
  • Datuk Albert Tei, kartel yang dikaitkan dengan penguasaan lesen perlombongan di Sabah.

Februari lalu Sabahkini2 mendedahkan butiran fail sulit peribadi Dato’ Albert Tei yang menguasai 50 syarikat namun 13 syarikatnya berjaya mendapat LOA palsu daripada Jontih Enggihon bekas CEO SMM. Syarikat induknya didalangi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Puzi Harun dan beberapa lagi individu bekas timbalan pesuruhjaya polis Sabah, pengarah JPJ dan Pengarah LHDN.

 

Turut didedahkan ialah fail saman SMM kepada Jontih Enggihon dan Albert Tei yang mengandungi kronologi salahlaku bekas CEO yang menerima rasuah daripada Albert Tei dan mengeluarkan surat palsu bagi lesen penerokaan mineral.

ARTIKEL BERKAITAN- Fail Sulit Kartel Albert Tei terbongkar bersekongkol dengan Jontih, 3 pengerusi syarikat cuba bolot 13 lesen mineral di Sabah

Susulan itu Albert Tei ‘koyak’ melaporkan kepada Polis dan SKMM mengenai butiran peribadinya yang didedahkan Sabahkini2. SKMM memaklumkan aduan Albert Tei itu namuan perjelaskan mengenai sikap Albert Tei lebih teruk yang terus menerus memburukkan kerajaan diportal Malaysiakini. SKMM menggesa video dipadam namun sehingga kini Malaysiakini tidak pernah akur arahan.

ARTIKEL BERKAITAN- Albert Tei KOYAK! Mengadu kepada SKMM arah turun artikel Sabahkini2 tapi videonya serang ADUN terus disebarkan

 

Tiga Pengerusi Syarikat mengaku diperdaya Albert Tei dan menafikannya berlakunya rasuah adun

6 Mei lalu Sabahkini2 mendedahkan pengakuan 3 pengerusi syarikat Albert Tei telah meletak jawatan daripada syarikat iaitu Dato' Awang Sahari EM Nadzeer (Pengerusi Pro Raptor Sdn Bhd/ Alnar),  Dato' Rahman Zakaria (Legenda Ringgit) dan Datuk Hajam Lajah Hakam (Zoop Technology).

Dalam akuan bersumpah yang didedahkan, mereka mengaku berani tidak terlibat dalam mesyuarat, tidak menerima apa-apa imbuhan, dan kini sedang meletakkan jawatan kerana menyedari telah diperalatkan oleh Dato' Albert Tei yang menyalahgunakan struktur dan nama mereka untuk tujuan yang tidak sah.

Mereka juga menafikan keterlibatan dalam permohonan lesen secara haram, video pemberian wang kepada ADUN, dan cubaan menjatuhkan kerajaan negeri, sambil menyatakan komitmen penuh kepada undang-undang dan kerjasama dengan pihak berkuasa.

Satu dari Akuan Sumpah seorang Pengerusi syarikat Albert Tei. Mereka juga
telah dipanggil SPRM sebelum ini

 

Bukan itu sahaja mereka yang juga  tiga pemimpin utama Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS) turut meletakkan jawatan secara rasmi pada 23 April 2025. PPGS persatuan yang digerakkan oleh Albert Tei. 

ARTIKEL BERKAITAN- Diperdaya Kartel Albert Tei: 3 Pengerusi Syarikat Letak Jawatan, Bekas Ketua Polis Sabah Tinggalkan NGO PPGS!

Mereka ialah Dato’ Awang Sahari (Presiden), Datuk Omar Mammah (Bekas CP Sabah) dan Dato’ Abdul Rahman Zakaria.

 

Peletakan jawatan ini menyebabkan Dato' Albert Tei berang dengan semua pengerusi syarikat dan Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS) yang dikuasainya.Albert Tei mengugut semua bekas Pengerusi syarikatnya.

Siapa lagi dari SMM?

Selain Jontih Enggihon beberapa nama dalam radar SPRM ialah semua orang kanan Jontih iaitu Fred Fridorin, Aellyca binti Yunus (pembantu peribadi Jontih), dan Joener R Kuyong sebagai pasukan teknikalnya dalam SMM yang bersekongkol memberi surat kelulusan palsu kepada Albert Tei. 

Pada 27.9.2024, jam 1700 di Bilik Persidangan SMM, Albert Tei mengaku mempunyai kaitan serta kepentingan dalam 13 syarikat yang membuat permohonan Lesen Prospecting iaitu;

Beilau dalam mesyuarat itu secara lantang mengugut dan mengarahkan  SMM mengikut arahannya. Arahan ini disifatkan sebagai bukti campur tangan luar biasa dalam urus tadbir agensi milik kerajaan negeri.

Jika pegawai tidak salah guna kuasa dan mengambil rasuah sudah tentu Albert Tei tidak berleluasa. Namun semuanya telah dikuasai oleh kartel Abert Tei.

Apakah kesalahan Jontih Enggihon dan Albert Tei?

Adalah tidak masuk akal SPRM tidak mendakwa Albert Tei dan Jontih. Video adalah video itu hal lain tetapi salahguna kuasa bekas CEO SMM jelas berlaku.  Dalam beberapa siri video dalam podcast dan youtube Dato' Albert Tei muncul (Bertopeng) dan mengaku memberi rasuah dan bersekongkol salahguna kuasa. ini mengesahkan Albert Tei tidak layak menjadi Whistleblower kerana beliau lah dalang perasuahnya. Jontih dan Albert Tei perlu didakwa untuk memberi mesej jika ada rasuah lapor segera bukan  bersekongkol dan memonopoli sesuatu. SPRM tidak wajar terikat dengan persepsi awam menggunakan media. Apakah pertuduhan mereka?


Apakah pertuduhan sesuai untuk Jontih Enggihon?

Kesalahan Jontih Enggihon – Salah Guna Jawatan & Liabiliti Korporat

1. Seksyen 23(1), Akta SPRM 2009
– Menyalahgunakan jawatan sebagai pegawai awam untuk meluluskan kontrak kepada pihak tertentu.

2. Seksyen 17A, Akta SPRM 2009 (liabiliti korporat)
– Membolehkan organisasi komersial (SMM) didakwa kerana pegawai utamanya melakukan rasuah bagi pihak syarikat.

3. Seksyen 16(a)(A), Akta SPRM 2009
– Menerima suapan sebagai balasan membantu mendapatkan kelulusan lesen.

4. Seksyen 18, Akta SPRM 2009
– Mengemukakan dokumen palsu untuk memperdaya urusan rasmi berkaitan projek mineral.

 

 

 Apa pertuduhan untuk Dato' Albert Tei?

Kesalahan Datuk Albert Tei – Akta SPRM & Kanun Keseksaan

1. Seksyen 17(b), Akta SPRM 2009
– Memberi suapan kepada penjawat awam bagi tujuan mendapatkan kelulusan lesen.

2. Seksyen 25(1), Akta SPRM 2009
– Gagal melaporkan perbuatan memberi rasuah dalam tempoh yang ditetapkan.

3. Seksyen 471 dibaca bersama Seksyen 465, Kanun Keseksaan
– Didakwa memalsukan dokumen rasmi (surat sokongan, minit mesyuarat, LOA) untuk menyembunyikan transaksi atau mengelirukan pihak berkuasa.

4. Seksyen 17A, Akta SPRM 2009 (liabiliti korporat) -  Di bawah seksyen ini, organisasi komersial – termasuk GLC seperti SMM – boleh didakwa jika kakitangan atau pegawai mereka melakukan perbuatan rasuah bagi pihak organisasi untuk mendapatkan projek atau kelebihan. Arahan langsung Jontih terhadap pasukan teknikal dan pembabitan syarikat tertentu menjadikan SMM terdedah kepada siasatan lanjut di bawah peruntukan ini.

Pendakwaan Albert Tei dan Jontih sangat tepat. Jika selepas ini akan ada lagi terpulang kepada SPRM berdasarkan siasatan mereka. 

 

12 Comments